Welcome Eira Munirah's blog.++Follow | Dashboard
My Life Story







Tidak ada kerja lain.
Wednesday, December 9, 2009 | 8:17 AM | 0 comments
Pagi tadi aku chatting bersama kawanku. Semasa sedang syok bercatting, beliau secara tiba-tiba bertanya padaku, "nak bace cite kelakat tak?" aku pun mengiye kn sahaja. korang nak baca tak apa yang beliau bagi kat aku? mari ramai-ramai baca kisah seorang budak nakal ni. hahaha. kalo korang baca mesti tak cukup mulut nak ketawa punya. sudah bersedia? ok. 1,2,3 mula.. :)

JELINGAN AYAH

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika akumembuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkansemula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedangrukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itusemula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahantok imam tadi.

Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marahmengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Older Post | Newer Post