Welcome Eira Munirah's blog.++Follow | Dashboard
My Life Story







Yang Lalu Biarlah Berlalu
Saturday, September 5, 2009 | 3:34 AM | 0 comments
Mengingati masa lalu, berinteraksi dengannya, mengenangnya dan bersedih terhadap tragedi masa lalu merupakan perbuatan yang sia-sia, membunuh azam dan mensia-siakan hidup. Lembaran masa lalu bagi orang berakal sihat harus dibunag, disimpan dan tidak perlu diulangi lagi dan dikunci dalam peti yang harus dilupakan untuk selama-lamanya. Ia wajib diikat dengan tali yang kuat dalam penjara pengabaian supaya tidak dapat keluar untuk selama-lamnya dan ditutup rapat hingga tidak dapat dilihat lagi.

Sebabnya, ia sudah berlalu. Tidak ada kesedihan untuk mengangnya. tidak ada kepulian untuk memperbaikinya, tidak ada kesukaran yang membetulkannya dan tidak ada kemurungan untuk menghidupkannya. Sebab, semua itu sudah berlalu. Janganlah kamu hidup dalam mimpi buruk masa lalu dibawah payung orang-orang yang tertinggal.

Selamatkanlah diri kamu daripada belenggu masa lalu. Apakah kamu ingin mengembalikan aliran sungai bermuarake hulu, matahari pada tempat terbitnya, bayi pada kandungan ibunya, air susu pada putingnya dan air mata pada matanya? kamu berinteraksi dengan masa lalu, berasa cemas terhadapnya, merasa rindu dengan gejolaknya dan berusaha mengecamnya merupakan keadaan yang amat menyedihkan dan menakutkan.


Membaca catatan masa lalu adalah mensia-siakan kehidupan masa kini, mematahkan semangat untuk berusaha dan menghancurakan masa akan datang. Allah telah menyebutkan umat terdahulu dan apa yang mereka kerjakan dengan firman-Nya yang bermaksud "Itu adalah Umat yang lalu."

Permasalahan telah berakhir dan berlalu, tidak ada manfaatnya mendiagnosis semula dan mengembalikan roda sejarah.

Orang yang kembali ke masa lalu sama seperti orang yang menggiling tepung pada hakikatnya dia sendiri sedang digiling dan sama seperti orang yang menggergaji serbuk somel. Orang-orang dahulu berpesan kepada orang yang meratapi maa lalu, "janganlah mengeluarkan mayat yang sudah mati dari kuburnya"

Ada satu cerita bahawa seseorang yang berbicara dengan haiwan bertanya kepada keldai, "kenapa kamu tidak berani?" Ia menjawab, "Saya bencikan bohong."

Malapetaka kita sebenar adalah kita tidak mampu menghadapi masa kini dan sibuk mengurus masa lalu. Kita mengabaikan untuk membina masa kini yang indah, sebaliknya kita meratapi puing-puing kenangan yang tidak ada ertunya. Seandainya manusia bersatu untuk mengembalikan peristiwa yang sudah berlalu nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya.

Manusia tidak boleh melihat dan menoleh ke belakang, kerana angin bertiup ke hadapan, air mengalir ke hadapan rombongan peniaga pasti berjalan menuju hadapan, sehingga dengan begitu tidak akan pernah menyalahi ketentuan hidup.



Older Post | Newer Post