Welcome Eira Munirah's blog.++Follow | Dashboard
My Life Story







Sabar Menghadapi Dugaan
Saturday, September 5, 2009 | 2:49 AM | 0 comments


Pelbagai dugaan Allah datang silih berganti sebagai ujian terhadap Hamba-Nya, oleh itu perlu bersabar dan bersenang hati ketika menghadapinya. Sabar adalah menahan diri daripada perasaan kecewa terhadap takdir Allah, menahan lidah untuk tidak mengeluh, menahan anggota tubuh untuk tidak berbuat maksiat, seperti menampar, merobek pakaian, mencabut anggota tubuh dan sebagainya. Sabar mesti melakukan ketiga-tiga perkara tersebut. Jika seseorang telah melaksanakannya, maka dugaan itu menjadi anugerah baginya, cubaan berubah menjadi pemberian dan sesuatu yang dibenci berubah menjadi sesuatu yang disukai.



Older Post | Newer Post